Tonton online full episode - Dendam semalam


Tonton online full episode - Dendam semalam - Drama terbaru bertajuk Dendam Semalam akan menemui penonton di slot Azalea TV3.

Dendam semalam diarahkan oleh Azaromi Ghozali terbitan MIG. Antara barisan pelakonnya ialah Iqram Dizly, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Nina Iskandar dan ramai lagi. Saksikan drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang di TV3

Dendam semalam

JUDUL : DENDAM SEMALAM
EPISOD : 20 episod x 60minit
TARIKH : 24 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 4pm)
SIARAN : Slot Azalea TV3
PENGARAH : Azaromi Ghozali
TERBITAN : MIG
PELAKON : Iqram Dizly, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Ayang Abbas, Tengku Fiella, Memey Rooney, Fadlan Hazim, Tengku Sariza Tengku Muzani, Sasqia Dahuri, Esma Dainal, Ashruff Samad, Along Eyzendy, Dania Azmi

SINOPSIS DENDAM SEMALAM


Sinopsis dendam semalam - Mengisahkan Farizal yang terpaksa berpisah dengan ayah dan ibu angkatnya pada usia 10 tahun apabila didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. Demi menjamin masa depan anaknya, ayah angkat Farizal telah mengakui perkara itu.

Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih kasih sayang kepada Amirul. Farizal sedih dan berdendam dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya. Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa Amirul ialah anak kandungnya, bukan Farizal. Akhirnya, Farizal lari dari rumah dan tidak pernah kembali.

Setelah dewasa, Farizal memulakan rancangannya untuk menjatuhkan Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi Linda. Kebijaksanaan Farizal dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada Datuk Malik kerana Amirul tidak mahu mengambil peduli dengan perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis dan sering mengembara ke serata tempat. - Sinopsis drama dendam semalam

Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim bersamanya dahulu.

Datin Saerah mencurigai niat Farizal apabila melihat anaknya, Atikah yang sering kemurungan. Oleh itu, Datin Saerah memujuk Amirul untuk belajar selok belok perniagaan Datuk Malik. Farizal telah berkomplot dengan Lily untuk menganiayai Amirul.

PELAKON DENDAM SEMALAM

  • Iqram Dizly sebagai Farizal/Hakimi
  • Adiba Yunus sebagai Atiqah
  • Azwan Kombos sebagai Amirul
  • Fadlan Hazim sebagai Alif
  • Nina Iskandar sebagai Linda
  • Esma Daniel sebagai Datuk Malik
  • Kuza sebagai Datin Saerah
  • Sasqia Dahuri sebagai Lily
  • Ayang Abbas sebagai Sofea
  • Tengku Fiella sebagai Alia
  • Memey Rooney sebagai Dr.Reen
  • Tengku Sariza Tengku Muzani sebagai Datin Saerah

Tonton online full episode - Dendam semalam


SEARCH TERM :
  • dendam semalam sinopsis
  • novel dendam cinta semalam 2
  • cerpen dendam semalam
  • dendam semalam tv3
  • novel dendam semalam
  • full episode dendam semalam
  • drama dendam semalam tonton online
  • download drama dendam semalam


Most View Article This Month !