Sinopsis puteri bukan nama sebenar


Sinopsis puteri bukan nama sebenar - Mengisahkan seorang gadis naif bernama Laila yang membesarkan anaknya Adam seorang diri. Laila anak yatim terkontang-kanting menyara kehidupannya tanpa bantuan suami. Akibat tidak dapat membayar sewa rumah, Laila membuat keputusan untuk keluar dari rumah.

Puteri bukan nama sebenar

Sikapnya yang lurus bendul menyebabkan dirinya mudah ditipu oleh orang lain. Laila pernah ditipu oleh penjual tikel (ulat tiket). Dek kerana itu, Laila hampir-hampir tidak dapat menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur. Mujur ada seorang wanita hamil memberikannya tiket bas lebihan.

Laila berkenalan dengan Puteri, seorang insan yang baik hati memberikannya tiket. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru sahaja kematian suami. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. Dek kerana itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail. - sinopsis puteri bukan nama sebenar

Siapa sangka di dalam bas itu merupakan pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan lalu segera dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan Puteri dan bayinya meninggal dunia. Segala barang Puteri diserahkan kepada Laila.

Laila termanggu seketika. Segera dicapainya dompet arwah Puteri dan melihat alamat tertera di situ. Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya di rumah besar tersergam indah itu, Laila terpegun melihat ....

Sambungan sinopsis puteri bukan nama sebenar boleh baca dekat sini - Sinopsis puteri bukan nama sebenar



Most View Article This Month !