Ajaibnya cinta - Tonton online full episode


Ajaibnya cinta - Drama, full episode, tonton, online, download, sinopsis.

Drama ajaibnya cinta - Membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Shaheizy Sam (Akif), Nora Danish (Halimatun), Sharifah Amani (Hammara), Eirma Fatima (Mak Cun), Lana Nordin (Cinta), Betty Rahmad (Maya), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Shamsul), Dato’ Rahim Razali (Pak Akob), Balkisyh Semundur Khan (Saidatul), Esma Daniel (Dato’ Tajudin), Norish Karman (Datin Suzana) dan Ifa Raziah (Farhana).

Ajaibnya cinta

Sinopsis ajaibnya cinta


Sinopsis ajaibnya cinta - Akif, Halimatun dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Hammara pula akan digantung pihak universiti kerana selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara serta Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya.

Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.

Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. - Sinopsis ajaibnya cinta

Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia.

Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.

Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun Akif memberitahu ibu dan ayahnya bahawa dia ....

Tak puas hati..? Nak baca lagi..? Terjah la dekat sini Sinopsis ajaibnya cinta

Ajaibnya cinta - Tonton online full episode


Ajaibnya cinta - Tonton online full episode @ Ajaibnya cinta - Tonton online full episode
Suka artikel ini dan ingin berkongsi ilmu ? Kongsikan di :
FacebookGoogle+Twitter

About Syazrin Rayhan

Founder, admin dan penulis blog warganegara Malaysia. Berkongsi mengenai segala benda secara bebas dan tidak tertumpu pada satu-satu topik/niche yang tertentu. Bentuk penulisan menggunakan bahasa tertinggi Bahasa Malaysia atau dalam erti kata lain 'bahasa skema' dan bukannya bahasa rojak' mahupun 'bahasa pasar'. → Follow kami di : Blog | Google Plus