Alaa bib

Alaa bib - Drama full episode tonton online sinopsis download.

DRAMA : ALAA BIB
Episod : 10 episode
Siaran : Slot Iris TV3
Pelakon : Nur Risteena Munim, Atikah Suhaime, Ammar Titan, Iqram Dinzly, Syafiq kyle, Ikhlas Jalil, Sheila Mambo.

Alaa bib

SINOPSIS DRAMA ALAA BIB


Sinopsis drama alaa bib - Mengisahkan tentang Bibah (Risteena Munim) atau lebih dikenali sebagai Bib seorang gadis kampung yang naif dan lucu sering membina impian untuk menjadi kaya. Walaupun telah dinasihati oleh ibunya supaya menerima sahaja pekerjaan yang sedia ada tetapi kedegilan Bibah untuk menginginkan perkerjaan yang boleh memberikannya gaji yang lumayan menyebabkan dia terus menganggur.

Suatu hari, Bib mendapat poskad daripada London dan kiriman tersebut adalah daripada buah hatinya, Hakim. Hakim yang bakal pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar, iaitu untuk meminang seorang gadis yang dikenalinya. Bib menyangkakan bahawa Hakim ingin meminangnya sehingga dia menolak lamaran Lokman (Ammar Titan) yang sangat menyukainya. Lebih malang lagi, Bib dikejutkan dengan kepulangan Hakim yang rupa-rupanya ingin meminta Bib untuk menjadi pengapit bakal isterinya, seorang wanita yang dikenalinya di London.

Bib kemudiannya bertemu semula dengan teman lamanya, Mira (Atikah Suhaime) yang sudah berubah menjadi lebih cantik dan kaya. Bibah mendapat tahu bahawa Mira menjadi kaya raya kerana dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya. Mira mengajak Bib untuk melakukan pelaburan. Setelah dirayu-rayu oleh Bib, ibunya meminjamkan wang sebanyak RM2000 untuk pelaburan yang sebenarnya ingin digunakan oleh Bibah untuk membeli baju baharu, alat solek dan perhiasan dengan satu tujuan, iaitu untuk memikat lelaki kaya. Dia mengimpikan sebuah rumah besar yang punya kolam renang seperti yang dimiliki oleh sahabatnya, Mira.

Sekalipun tanpa kelulusan SPM yang baik, Bib sentiasa yakin dia pasti akan mencapai impiannya. Bib dicintai oleh Lokman, seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai pemandu lori. Walau bagaimanapun Lokman tidak menepati ciri-ciri lelaki impian Bib. Secara kebetulan Bib bertemu dengan peminatnya sewaktu darjah satu bernama Mikail.

Namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mencetuskan pergaduhan demi pergaduhan. Bib akhirnya meminta bantuan Mikail untuk mengenalkannya dengan mana-mana kawan Mikail yang berstatus kaya dan bujang. Mikail kemudian memperkenalkan Bib dengan Joeran. Setelah Joeran mula memberikan cinta, Mikail pula rasa bersalah dengan Joeran yang baik itu. Mikail memberitahu Joeran tentang impian Bib untuk jadi kaya dan hanya menggunakan Joeran untuk mencapai impiannya.

Joeran mula menjauhkan diri. Tetapi tanpa disangka, Bib sebenarnya benar-benar jatuh cinta terhadap Joeran dan berusaha mendapatkan Joeran kembali. Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya Joeran ingin menoktahkan cintanya dengan perkahwinan. Bib bersetuju dengan syarat hantaran 50 ribu dan sebuah kolam renang dibina di hadapan rumah ibunya. Joeran bersetuju. Namun selepas Joeran memberikan 25 ribu, Bib tiba-tiba menghilangkan diri.

Mikail menuduh Bib melarikan diri dengan wang pemberian Joeran. Namun segalanya terungkai apabila Bib rupanya terpaksa menggunakan wang itu sebagai pendahuluan untuk pembedahan jantung ibunya. Bib meminta maaf kepada Joeran. Dia sanggup kehilangan Joeran, sanggup melupakan impiannya untuk menjadi kaya demi kasihnya terhadap ibu. Joeran akhirnya menerima cinta Bib semula. Tidak cukup dengan itu, Joeran telah membayar keseluruhan kos pembedahan ibu Bib. Impian Bib untuk menjadi kaya, tinggal di rumah besar yang punya kolam renang akhirnya menjadi realiti. - SINOPSIS DRAMA ALAA BIB

PELAKON ALAA BIB

  • Nur Risteena Munim sebagai Bibah/Bib
  • Iqram Dinzly sebagai Mikail
  • Atikah Suhaime sebagai Datin Mira
  • Ammar Titan sebagai Lokman

NOVEL ALAA BIB


Harap maaf, maklumat dan informasi Untuk membeli/ membaca novel alaa bib tidak dapat disediakan (tiada dalam senarai simpanan maklumat)

ALAA BIB - TONTON ONLINE FULL EPISODE


Tonton online full episode drama alaa bib di sini - ALAA BIB - TONTON ONLINE FULL EPISODE


SEARCH TERM :
- drama alaa bib
- alaa bib sinopsis
- tonton alaa bib online
- alaa bib episode 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
- full alaa bib episode
- novel alaa bib
- pelakon drama alaa bib



Most View Article This Month !